image

2 March 2023

379

JPJ tambah baik ciri keselamatan aplikasi MyJPJ, portal awam JPJ

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menambah baik ciri keselamatan dan mesra pengguna bagi aplikasi MyJPJ dan portal awam JPJ yang boleh diakses secara berperingkat mulai hari ini, mengikut sistem operasi telefon masing-masing (Android, IOS dan Huawei).

Ketua Pengarahnya Datuk Zailani Hashim berkata antara penambahbaikan itu termasuk memperkenalkan sekuriti peringkat ketiga menggunakan lapan aksara terakhir yang tertera di belakang lesen memandu untuk pendaftaran JPJeID dalam talian.


Katanya, ia merupakan tambahan kepada dua peringkat sekuriti sedia ada iaitu kata laluan dan kod TAC.


"(Selain itu), menambah fungsi bagi mendapatkan semula akaun pengguna melalui lapan aksara terakhir lesen memandu.

"Ini adalah penyelesaian kepada isu 'telah mendaftar' disebabkan pengguna sebelum ini mempunyai akaun di portal rakan strategik JPJ yang berintegrasi dengan sistem JPJ," menurutnya dalam kenyataan hari ini.


JPJ turut menambah fungsi 'penetapan semula emel' bagi pengguna yang terlupa emel digunakan atau perlu mengemas kini emel secara dalam talian dengan tambahan lapan aksara lesen memandu.


Menurut kenyataan itu, penambahbaikan tersebut dilaksanakan setelah menerima pelbagai maklum balas daripada orang ramai mengenai penggunaan aplikasi MyJPJ dan portal awam JPJ, susulan pengenalan Lesen Kenderaan Motor Digital (e-LKM) dan Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM).


Kenyataan itu memaklumkan Kementerian Pengangkutan juga sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bagi memastikan aspek keselamatan siber aplikasi MyJPJ terjamin.


Orang ramai boleh mengajukan sebarang pertanyaan ke emel infodigital@jpj.gov.my atau menghubungi talian hotline JPJ di 03-27242522.


-- BERNAMA

Source: Astro Awani Photo Credit: Astro Awani
Share This Post

Enroll Our Driving Classes

Class B

Obtaining a class B with ADC Driving Institute is easy. The minimum requirement for this class ...

Class B2

Class B2 will allow you to obtain a motorcycle license with ADC Driving Institute, provided tha...

Class D

At ADC Driving Institute, we offer not only driving license for automatic cars, but of course t...

Class DA

Perhaps you’ve learnt to drive a manual before, but found it to be too challenging. From chan...

Class E

Before obtaining a GDL heavy & jointed car or a PSV bus license, candidates will need a class E...

Class H & I

This category allows a candidate a license in driving a forklift weighing less than 5000kg in w...