image

2 March 2023

82

JPJ ambil tindakan ke atas 491 kenderaan perdagangan

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 491 kenderaan perdagangan dikenakan tindakan dalam Ops Bersepadu Rentas Sempadan Zon Timur Siri 1/2023 yang berakhir hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Aedy Fadly Ramli berkata antara kesalahan dikesan termasuk membawa lebih muatan yang mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain.


"Sebanyak 1,424 kenderaan telah diperiksa dalam Ops ini yang dijalankan dalam dua fasa iaitu Pra Ops Bersepadu bermula 1 hingga 25 Feb lalu dan Ops Bersepadu pada 27 (Feb) hingga hari ini.


"Operasi melibatkan 75 pegawai dan anggota penguatkuasa dari JPJ Terengganu, Kelantan, Pahang serta Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat JPJ Negeri Terengganu, di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah JPJ Negeri Terengganu, Zulkarnain Yasin dan Ketua Jabatan Siasatan Penguatkusaan Trafik Terengganu Supt Ismail Man.


Dalam pada itu, Aedy Fadly berkata JPJ telah mengeluarkan sebanyak 560,863 notis kepada kenderaan perdagangan di seluruh negara atas kesalahan membawa lebih muatan bagi tempoh Januari 2010 hingga November 2022.


Katanya Pahang merekodkan jumlah notis tertinggi iaitu 72,369 diiikuti Kelantan (37,585 notis) dan Terengganu (19,529 notis).


"Saya nak ingatkan pengusaha pengangkutan dan pemandu kenderaan terutama kenderaan perdagangan supaya sentiasa mematuhi undang-undang ditetapkan.


"Kami di JPJ tidak akan berkompromi dengan sebarang kesalahan. Kegagalan mematuhi peraturan akan diambil tindakan termasuk penyitaan di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010," katanya.-- BERNAMA






Source: Astro Awani Photo Credit: Astro Awani
Share This Post

Enroll Our Driving Classes

Class B

Obtaining a class B with ADC Driving Institute is easy. The minimum requirement for this class ...

Class B2

Class B2 will allow you to obtain a motorcycle license with ADC Driving Institute, provided tha...

Class D

At ADC Driving Institute, we offer not only driving license for automatic cars, but of course t...

Class DA

Perhaps you’ve learnt to drive a manual before, but found it to be too challenging. From chan...

Class E

Before obtaining a GDL heavy & jointed car or a PSV bus license, candidates will need a class E...

Class H & I

This category allows a candidate a license in driving a forklift weighing less than 5000kg in w...