image

26 October 2023

386

JPJ siasat peningkatan permit memandu warga Pakistan


KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri Kelantan sedang menyiasat peningkatan permohonan permit memandu antarabangsa dalam kalangan warga Pakistan.


Pengarahnya, Mohd Misuari Abdullah berkata, peningkatan berkenaan dikesan bulan lepas di mana sebanyak 20 permohonan iaitu tiga kali ganda berbanding sebelumnya.


Lebih mencurigakan katanya, siasatan awal mendapati nama dan jawatan pegawai yang mempunyai autoriti meluluskan permohonan tidak sama seperti yang tertera di dokumen.


"Kami mengesyaki mungkin ada sindiket tetapi perkara itu masih dalam siasatan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Lesen PDL Kepada Peserta MyLesen pada Rabu.


Tambah beliau, pihaknya tidak mahu membuat tuduhan kepada mana-mana pihak tetapi akan membuat laporan polis jika terdapat bukti kukuh.


"Kita bertindak lebih awal kerana tidak mahu perkara ini berleluasa selain mengelakkan penipuan dalam kalangan warga asing," katanya


Dalam pada itu, Misuari memaklumkan, sebanyak 196 kenderaan yang disita JPJ belum dituntut dan ada daripadanya dibeli oleh warga asing yang menggunakan nama penduduk tempatan.


Menurutnya, kenderaan berkenaan kebanyakannya milik etnik Rohingya dan penduduk tempatan yang bersekongkol dengan warga asing berisiko disenarai hitam.


"Ada juga yang sudah dikenakan denda oleh mahkamah iaitu RM2,000 membabitkan penduduk tempatan dan RM4,000 warga asing," katanya. - Sinar Harian



Source: Astro Awani Photo Credit: Astro Awani
Share This Post

Enroll Our Driving Classes

Class B

Obtaining a class B with ADC Driving Institute is easy. The minimum requirement for this class ...

Class B2

Class B2 will allow you to obtain a motorcycle license with ADC Driving Institute, provided tha...

Class D

At ADC Driving Institute, we offer not only driving license for automatic cars, but of course t...

Class DA

Perhaps you’ve learnt to drive a manual before, but found it to be too challenging. From chan...

Class E

Before obtaining a GDL heavy & jointed car or a PSV bus license, candidates will need a class E...

Class H & I

This category allows a candidate a license in driving a forklift weighing less than 5000kg in w...