image

27 March 2026

24

Lesen Kenderaan Motor bercetak tidak lagi akan diedarkan selepas 1 Feb 2026

OS Malaysia semalam mengesahkan bahawa pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak lagi akan mengedarkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) bercetak bermula 1 Februari 2026.


Ini bermakna, perkhidmatan untuk mencetaknya melalui kiosk Pos Malaysia juga akan dihentikan pada tarikh tersebut.


Ini bukanlah satu perubahan yang baharu.


Pihak JPJ sudahpun mengatakan sebelum ini bahawa LKM dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) sudahpun boleh dipamerkan melalui aplikasi MyJPJ sekiranya ia perlu ditunjuk kepada pegawai-pegawai yang memintanya.


Ini juga cukup menarik kerana pada minggu lepas dilaporkan bahawa rakyat kini boleh meminta untuk kad lesen memandu dicetak secara fizikal dengan bayaran sebanyak RM20.


Lesen fizikal mungkin akan diperlukan sekiranya pengguna mahu mendaftar untuk International Drivers’ License untuk memandu di luar negara.


Pihak Pos Malaysia juga telah mengatakan bahawa mereka yang masih mahu pelekat Lesen Kenderaan Motor akan perlu mencetaknya di lokasi-lokasi Pos Malaysia sebelum tarikh 1 Februari 2026 sebelum perkhidmatan tersebut dihentikan.


Sumber: Pos Malaysia 

Source: Astro AWANI Photo Credit: Astro AWANI
Share This Post

Enroll Our Driving Classes

Class B

Obtaining a class B with ADC Driving Institute is easy. The minimum requirement for this class ...

Class B2

Class B2 will allow you to obtain a motorcycle license with ADC Driving Institute, provided tha...

Class D

At ADC Driving Institute, we offer not only driving license for automatic cars, but of course t...

Class DA

Perhaps you’ve learnt to drive a manual before, but found it to be too challenging. From chan...

Class E

Before obtaining a GDL heavy & jointed car or a PSV bus license, candidates will need a class E...

Class H & I

This category allows a candidate a license in driving a forklift weighing less than 5000kg in w...