image

18 November 2024

392

JPJ tetap kadar RM160 'upgrade' lessen motosikal

ABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) menetapkan kadar RM160 untuk mana-mana individu yang ingin menaik taraf lesen motosikal dari lesen B2/B1 kepada B menerusi program khas perubahan Lesen Motosikal Malaysia (LMM).

Namun begitu, terdapat beberapa syarat yang ditetapkan oleh JPJ sebelum proses naik taraf itu dilakukan.

Syarat tersebut adalah pemohon adalah warganegara Malaysia dan memiliki lesen memandu kompeten (CDL). Selain itu, pemohon mesti bebas daripada sebarang senarai hitam, saman tertunggak, sekatan transaksi, rekod kesalahan serius atau apa-apa saja yang tidak selesai di bawah Akta Pengangkutan Jalan (pindaan 2013).




Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, pemilik lesen B2/B1 yang layak untuk memohon upgrade tersebut boleh melakukannya bermula 1 Oktober 2024.

Semakan kelayakan boleh dibuat menerus aplikasi MyJPJ, portal MySIKAP atau di mana-mana kaunter JPJ.

"Mereka yang layak boleh pergi ke mana-mana 180 institusi memandu seluruh Malaysia yang menawarkan program ini.

"Pemilik lesen mestilah mengisytihar tahap fizikal, jasmani dan mental sewaktu mendaftar di institusi memandu terpilih," katanya.

Berdasarkan respons yang baik daripada orang ramai, JPJ menetapkan kadar khas RM160 untuk mereka yang menyertai program itu, kata Aedy.

"Yuran tersebut termasuklah, pendaftaran pelajar dan insurans, kursus transisi dan adaptasi (dua jam), yuran servis (termasuk sewa kenderaan dan litar) dan yuran ujian JPJ," ujarnya. —


Source: https://majoriti.com.my Photo Credit: https://majoriti.com.my
Share This Post

Enroll Our Driving Classes

Class B

Obtaining a class B with ADC Driving Institute is easy. The minimum requirement for this class ...

Class B2

Class B2 will allow you to obtain a motorcycle license with ADC Driving Institute, provided tha...

Class D

At ADC Driving Institute, we offer not only driving license for automatic cars, but of course t...

Class DA

Perhaps you’ve learnt to drive a manual before, but found it to be too challenging. From chan...

Class E

Before obtaining a GDL heavy & jointed car or a PSV bus license, candidates will need a class E...

Class H & I

This category allows a candidate a license in driving a forklift weighing less than 5000kg in w...